telegram.antelove.com

Telegram


AQAD4r0xG00TuVZ9.jpg

Post Date: Wednesday 18 September 2024 at 2:39:25 BST

Origin Date: Thursday 12 September 2024 at 11:42:08 BST

Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah mengumumkan semalam bahawa Briged Al-Qassam telah mengeluarkan satu kaedah pengendalian tawanan baharu kepada para pengawal yang bertugas mengendalikan tawanan yang ditahan oleh Hamas. Berikutan 6 mayat rakyat Isr4el yang dijumpai di Gaza minggu lalu, laporan Isr4el yang mengatakan Hamas bersalah atas kematian tersebut adalah tuduhan yang salah dan yang sepatutnya bertanggungjawab adalah Isr4el yang melakukan serangan tanpa henti setiap hari. "Tindakan Netanyahu untuk membebaskan tawanan adalah dengan tekanan ketenteraan, bukan dengan mempersetujui perjanjian damai dan ia bermaksud para tahanan akan pulang kepada keluarga mereka dengan kain kafan," kata Abu Ubaidah. Hamas inginkan perjanjian yang menamatkan peperangan dan mahu Isr4el keluar daripada Gaza sementara Netanyahu pula beranggapan perang hanya akan berakhir sekiranya Hamas berjaya dikalahkan. Sumber: Middle East Monitor

Download Image